Thursday, April 25, 2013

Award Ter Uja.

Views


Hello! Hello! Hello! Kalau buleh tengok muka I sekawang, makin bersewi-sewi ye. Yela.. I mengaku yang I sekarang makin gemok, pipi pun makin tembam, badan makin debab sebab tu bersewi-sewi. Huh.! Dahla. Ini bukan fokus entry ni sebenarnya. 

Akhirnya, masa yang dinantikan telah tiba! *padahal takde sape tunggu pun. (ahh tak kira, nak jugak ada drum rolls)...dummmdummdumm.. 

Awak-awak semua.. I've been awarded as KEPIMPINAN MAHASISWI HARAPAN in UiTM seMalaysia.. ngeh3..(bila kata seMalaysia, maknanya seluruh UiTM kat Malaysia ni masuk pertandingan ni skali). Hari tu, masa tercalon kat UiTM Penang, daku kalah.. huhu.. Penat menangis seminggu. Alhamdulillah. rezeki Allah tu luas. Tak dapat kt Penang, dapat pulak kat UiTM seMalaysia. ngeh3 *clap your hand* 

tadaa... tepuktanganlagi*

Hye, congrats too my mantan president yang turut menang tempat pertama sebagai KEPIMPINAN MAHASISWA HARAPAN. Giler aghh! haha.. thanks too my pres sebab ajar I dalam kepimpinan sampai la I jadi macam ni.(cantik dan anggun) hehe..cantik baju kau. Huh, blnja aku makan.

Sumpah seronok weyh..! jumpa pulak kengkawan lama yang dulu study kat UiTMPP, now dah pindah ke UiTM Shah Alam. seronok jugak sebab my campus won so many award on that night. ngeh3. senyum lebor rektor kampus bila nama UiTMPP diumumkan. Alhamdulillah. Sejujurnya aku pun sengih memanjang malam tu macam kera dapat bunga. Nasib baik kera takde, kalau tak dia ingat aku ni makwe dia. Tskk T_T



Anyway, memandangkan penghargaan ni dibuat di Shah Alam, makanya, sebelum start cuti mid sem lagi aku dah terus balik umah. Balik awal seminggu. Heh, ponteng je keje. Aku ase kalau la aku buat perangai macam ni sblum dapat award ni, confirm dorang pikir 2,3 kali nak bagi ke tak. Ada jugak yang tnya, cmno eden buleh dopek award ni, Well, since I'm active in my co-curriculur (during holding a position as Exco JPSM), So kumpulkan la segala report-report program selama ni dan gambar-gambar dan buat dokumentari.hehe.. Maka itu menjadi bukti yang aku adalah student yang aktif. Bukan senang nak carik semua tu balik..  Hasil titik peluh semua dan walaupun panas terik cekal diharungi telah menghasilkan kelopak berair melekat di bahagian bawah ketiak mencari semula dokumen lama, akhirnya berbaloi-baloi.

Special credit to my frens dan adik-adik dari junior SUKSIS dulu sebab sanggup selinap keluar macam pencuri dokumen lama aku. Thanks jugak kepada Unit Aktiviti Pelajar, kawan-kawan JPSM yang banyak membantu masa kita sama-sama pegang jawatan dulu, tanpa sahabat semua, tidak berdirilah saya di atas pentas tu. Thanks jugak kepada semua yang menyokong perjuangan seni Kak Maghia. Tetiba.


DAHLA..DAHLA...DADALAH..

Ok Miera. Lagi beberapa hari je tinggal untuk awak berjalan kaki ke dalam kampus yang seluas sekangkang kera ni *tarik nafas*. Fuh






Friday, April 12, 2013

Latest Apps Obsession! ~WeChat

Views



Kita selalu nampak macam ecececeh hebat nya bila pegang Smartphone. Tak kira la smartphone apa kan.with our swift finger motions and touchy gestures menggunakan apps (LOL). Tapi tak guna jugak kalau guna smartphone takde internet. Jadi sebagai penggemar tegar kepada apps di smartphone, saya telah berubah ke UMOBILE.. ececeh, laju line tenet dia habaq hang. kui3..




So, memandangkan dah ada line tenet yang laju, maka sekarang ini I'm so addicted to a new social apps.. kami panggil apps ni, KAMI SEMBANG or WECHAT. Its not really new, but somehow with this apps, it helps us in showing our love (bersama kawan tersayang). Bila boring, mula la panggil kawan chat reramai dan mula lah sesi berkaraoke dalam wechat.LOLMalam-malam pulak makin mengarut. Sebab semua orang free dah takde kelas, masing-masing nak post suara. haish.. 


Wechat best sebab boleh carik calon suami jugak. Kalau nak tgk konon2 uoll ni ada jodoh kuat dengan dia, SHAKE je.. nanti sama-sama shake leh jumpa. Pastu kenal-kenal. mana tau dapat jodoh dari luar negara. Bangla ke *tepuk dahi* Isk3... Pastu konon-konon jalan kat shopping mall, bukak LOOK AROUND, then tgk ada mamat cute. terus nak say Hi and greet dia. How cute.. ada jodoh kekonon.*jangan ikut perangai gedik ni*

Another game apps yang aku addicted skrg pulak ialah POU.. onomnomnom.. Comel sangat. Rasa macam sedang membela anak pulak dalam phone. Apps ni telah menjadikan aku seorang yang penyayang terhadap binatang. Uoll boleh tnya kat kawan-kawan uoll, berapa ramai kengkawan pompan yang ada bela binatang ni. Mine, sgt comel. huh.. 



ops.. maafkan mama sayang.. mama lupa nak jaga kamu sejak ada laki baru. muahaha

Oh rajin pulak aku buat entry pasal ni kan.. Krik. Krik. Krik. Tiba-tiba sangat.



Tuesday, April 9, 2013

The Big Bad Wolf

Views


Assalammualaikum!


Its Big Bad Wolf FIRE SALE at Penang Times Square!!! Homaigawd.. the crowd is madness.
(ops, baru nak update. padahal ceghita basi bulan 3.hehehe)

Well, it’s like a grand sale at a shopping mall – since the products (books) are greatly discounted, the society perceives it as a necessity to spend. Tak sangka, rakyat Malaysia dah berubah menjadi rakyat yang suka membaca. Ngeh3.. bangga..bangga

Thanks to my lovely friends yang sudi membelanjakan baucar buku dia untuk buku-buku saya. Since the prices is lower as RM5 to RM8 for each novel, so this is what I got from this sales!


TADAAA!! rambang mata nak pilih. Akhirnya........

We'll see how long I can finish reading these books. haha.. tamak sgt. Anyway, I had fun coz I've got some books of Sophie Kinsella.Yay!!





Saturday, March 9, 2013

Mari Belajar Sejarah Sulu dan Sabah

Views
Sape yang nak tau kenapa Sulu ceroboh Lahad Datu? Baca ni.

Cerita Rakyat...

Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.

Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. Anak perempuan sulung Brunei bernama Amanilah diculik Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila.

Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana kekuatan Brunei semakin lemah, perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.

Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000 kepada Brunei, British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat Brunei dapat wang 12000 setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan “isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.

Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki baru dia British, duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup gembira. Sehinggalah datang pemuda mata sepet, Jepun. Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang. Ambik terus bini orang, British dihalau jauh dari Sabah.

Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun. Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah, British kembali dengan isterinya, namun British sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. British ingin menceraikan Sabah.

Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia. Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas jantinanya tidak diketahui samaada jantan atau betina, dan menyusahkan lakinya. Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang.

Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia, tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda. British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli….

TETAPI SULU..laki Sabah yang dulu, nampak nya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah inginkan bapa tiri macam kamu..Adakah ya..?

p/s: senang faham kan? copy dari status kawan :)





Monday, February 25, 2013

Kuda ku lari gagah berani :)

Views



SAGARU
love..love..love

thanks mak abah and abang :)





 

Miera Hassan Copyright © 2011 Designed by Alieff Artwork